Tuesday, October 11, 2011

Diri Ini

Aku perlu memuhasabah kembali diriku..
Kemana waktu-waktu ku dihabiskan..
Dimana waktu-waktu ku itu dihabiskan..
Kerna banyak waktu-waktu ku itu..
Boleh aku manfaatkan dengan kebaikan..

Kebaikan bukan sahaja belajar..
Kebaikan bukan sahaja bersukan..
Kebaikan bukan sahaja bekerja..
Kebaikan bukan sahaja berahlak..

Tapi..
Kebaikan itu ada dalam semua gerak langkah kehidupan..
Kitalah yang memilih untuk kebaikan atau sebaliknya..
Jika jalan kebaikan itu yang dipilih..

Insya'Allah..
Habuan dari Tuhan menanti kita..
Bukan habuan manusia..
Kerna manusia terlalu banyak kekurangan..

Nota :
1. Masa amat penting, jom manfaatkan sama-sama.

2. Apa sahaja perkara yang kita lakukan, jika perkara itu baik dan diniatkan kerana Allah, ganjaran pahala yang berlipat-lipat menanti kita.

3. Masih sedang belajar menekan butang 'pause' dalam diri untuk menahan kemarahan. Mintak Allah mudahkan semua urusan.

^_^

2 comments:

suraya0809 said...

assalamualaikum,,,
menahan kemarahan, bukan tekan butang 'pause' tapi tekan butang 'stop' ..

Pelakar Pelangi ^_^ said...

Waalaikumsalam w.b.t..

Boleh jugak. Shukron. ^_^