Tuesday, July 16, 2013

Cinta Ramadhan Ini

Cinta Ramadhan Ini
Mengigatkan qalbu ku
Bahawa diri ini sentiasa seorang Hamba

Hamba yang berkelana di atas Bumi ciptaan-Nya
Hamba yang bernafas dengan menghirup Udara ciptaan-Nya
Hamba yang mengisi perut dengan memakan Hasil ciptaan-Nya

Sedarlah Wahai Hamba..

Bahawasanya..
Cinta Ramadhan ini memanggil mu kembali
Memanggil mu kembali kepada Tuan Ramadhan.



Ramadhan Kareem.  ^_^


"Sudah datang bulan Ramadan, penghulu segala bulan, 
maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. 
Sudah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan. 
Maka, hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
(Riwayat At-Tabrani). 


Note : Inspired by Ramadhan song by Maher Zain and the Lovely Ramadhan Month's itself. Subhanallah.