Monday, July 7, 2014

My Life - Part One

Umur aku hampir genap 25 tahun. Banyak perkara suka dan duka yang berlaku. Tidak dapat ku ceritakan dengan kata-kata.

Ingin aku kongsikan serba sedikit tentang apa yang berlaku dalam hidup aku selama hampir 25 tahun ini.

Aku pernah hidup dalam kesenangan dan aku juga pernah hidup dalam kesusahan.

Alhamdulillah.. sekarang aku mula bertapak naik semula. Aku berdoa moga kali ini susah dan senang hidup aku sentiasa dipenuhi dengan ke-imanan dan ke-taqwaan kepada Tuhan.

Aku minta pada Tuhan agar jangan biarkan diri aku hidup dalam keadaan susah dan senang tanpa ke-imanan dan ke-taqwaan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau tetap teguhkanlah Iman kami"

"Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau istiqomahkanlah diri kami dalam mendapatkan Syurga-Mu"

Inilah antara doa yang aku selalu baca dalam doaku.. sedih hidupku bila dilanda kesusahan. Gembira pula hidup bila diberi kenikmatan dan kesenangan hidup. Inilah sifat aku dan juga makhluk yang bergelar manusia. 

Aku berdoa moga semua susah senang hidup ini dipenuhi dengan sifat kehambaan kepada Tuhan.

Beruntung menjadi mukmin.. kerna pabila susah bersabar pabila senang bersyukur. 

Moga Tuhan sentiasa menjaga kita.

2 comments:

Anonymous said...

Takde posting baru ke encik pelakar pelangi?

Hujjatul Basmullah said...

iA akan datang.

Bila dah makin menua ni.. sifat malas memposting semakin menjadi-jadi.