Monday, July 7, 2014

My Life - Part One

Umur aku hampir genap 25 tahun. Banyak perkara suka dan duka yang berlaku. Tidak dapat ku ceritakan dengan kata-kata.

Ingin aku kongsikan serba sedikit tentang apa yang berlaku dalam hidup aku selama hampir 25 tahun ini.

Aku pernah hidup dalam kesenangan dan aku juga pernah hidup dalam kesusahan.

Alhamdulillah.. sekarang aku mula bertapak naik semula. Aku berdoa moga kali ini susah dan senang hidup aku sentiasa dipenuhi dengan ke-imanan dan ke-taqwaan kepada Tuhan.

Aku minta pada Tuhan agar jangan biarkan diri aku hidup dalam keadaan susah dan senang tanpa ke-imanan dan ke-taqwaan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau tetap teguhkanlah Iman kami"

"Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau istiqomahkanlah diri kami dalam mendapatkan Syurga-Mu"

Inilah antara doa yang aku selalu baca dalam doaku.. sedih hidupku bila dilanda kesusahan. Gembira pula hidup bila diberi kenikmatan dan kesenangan hidup. Inilah sifat aku dan juga makhluk yang bergelar manusia. 

Aku berdoa moga semua susah senang hidup ini dipenuhi dengan sifat kehambaan kepada Tuhan.

Beruntung menjadi mukmin.. kerna pabila susah bersabar pabila senang bersyukur. 

Moga Tuhan sentiasa menjaga kita.

Thursday, December 26, 2013

Bodoh!..

Kekayaan...
tidak boleh membeli kebahagiaan

Kekayaan...
 tidak boleh memberi kebahagiaan

Kuasa... 
tidak boleh menguasai kekayaan

Kuasa... 
tidak boleh memberi kebahagiaan



"Wahai jiwa yang tenang dan tenteram.. 
kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.
Iaitu dengan memasuki ke dalam golongan hamba-Ku (yang bertaqwa).
Dengan demikian kamu masukilah ke dalam syurga-Ku".
(Surah Al-Fajr : Ayat 27-30)



Hanya Allah sahaja yang mampu memberi kita ketenangan hakiki. Ada dua jalan pilihan untuk kita.. jalan yang baik.. jalan yang buruk.

Jika betul pilihan kita.. habuannya indah.. jika salah pilihan kita.. habuannya penderitaan. Maka pilihlah jalan yang baik. Ia pasti tidak akan merugikanmu.





credits to :
1. Mirwana - Hikmah Kembara
2. Blog Para Pencinta-Mu
3. Youtube Official
4. Korean Movie - Miracle In Cell No 7
5. Akhi Nazirul Mubin, Miat

Serta kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam memberi inspirasi dan ilham kepada saya dalam penulisan artikel ini.



Notes : Isi sedikit tidak bererti tiada makna.

Sunday, August 4, 2013

Kalau Aku Kaya!..

Kalau Aku Kaya!.. 
Ohyeah!...

Kalau aku kaya
Hari hari aku belanja

Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Aku bagi Ummi

Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Kimi Raikonnen
Dia panggil aku Sir
Aku panggil dia beb

Aku belikan  Kim Taeyeon
Kain banyak-banyak
Aku pesan dia tolong tutup aurat
Kalau ada jodoh aku terus lamar dia
Senang nak settelkan sebab dah jadi bini aku

Bila aku kaya..
Uwo!..

Bila aku kaya!..
Uwo!..

Bila aku kaya!..
Uwo!..


Bila Aku Kaya!..


Note : Bila makin Kaya, patutnya kita makin Kuat Iman. Peace!..  ^_^

* Hasil inspirasi dari lagu Bila Aku Kaya!.. by Altimet dan Awi Rafael.  <3 p="">

Tuesday, July 16, 2013

Cinta Ramadhan Ini

Cinta Ramadhan Ini
Mengigatkan qalbu ku
Bahawa diri ini sentiasa seorang Hamba

Hamba yang berkelana di atas Bumi ciptaan-Nya
Hamba yang bernafas dengan menghirup Udara ciptaan-Nya
Hamba yang mengisi perut dengan memakan Hasil ciptaan-Nya

Sedarlah Wahai Hamba..

Bahawasanya..
Cinta Ramadhan ini memanggil mu kembali
Memanggil mu kembali kepada Tuan Ramadhan.



Ramadhan Kareem.  ^_^


"Sudah datang bulan Ramadan, penghulu segala bulan, 
maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. 
Sudah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan. 
Maka, hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
(Riwayat At-Tabrani). 


Note : Inspired by Ramadhan song by Maher Zain and the Lovely Ramadhan Month's itself. Subhanallah.  

Sunday, June 30, 2013

Nyanyian Hijab

 Nyanyian hijab untuk para Hawwa'.

Berhijablah wahai wanita-wanita Islam.

Sesungguhnya kebaikan menanti kamu.

Jangan takut dan jangan segan.

Kecantikan itu pasti bersama kamu. ^_^



Ya Okhtana - Wahai Saudariku


adapted from Midham Mzat  ;)

Tuesday, June 18, 2013

Kecantikan Bidadari


Manisnya wanita bukan kerana senyumannya.
Tetapi manisnya wanita kerana Iman yang ada pada 
dirinya dan keteguhannya menjaga auratnya.

Menutup AURAT bukanlah perkara yang BERAT,
tapi kita saja-saja buat tak LARAT sebab 
nak nampak cantik di dunia tapi bukan di AKHIRAT.

Perempuan kena jaga MARUAH DIRI. 
Jadi perempuan yang DIHORMATI. 
Bukan yang murah HARGA DIRI. 
Bila dihormati, barulah jadi IDAMAN LELAKI.



adapted from Qiela Fiffy and Fatihah Mazlan  ^_^


Friday, May 24, 2013

Ku Masih Mencintai-Mu

Kau masih ku Cintai..
Sungguh..

Dari awal hingga akhir nanti
Aku pasti
Seyakinnya pasti
Akulah milik-Mu

Cintaku..
Jika Kau lihat tingginya awan
Takkan sama seperti Cinta-Mu padaku
Hanya diri-Mu tahu siapa diriku
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku Cintai..
Sungguh..
Dari hari pertama Kau ciptakan diriku
Aku pasti..
Seyakinnya pasti
Aku milik-Mu




Friday, May 10, 2013

Sahabat Jugak Insan

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala susah
Bukan dibuang dikala senang

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala bermain bola
Bukan dibuang bila sudah jadi menjadi pemain 'top'

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala resah
Bukan dibuang dikala 'happy'


Sahabat
Jika sekali dicalarkan
Lukanya susah sekali dihilangkan


Sahabat Sejati
Sentiasa bersama dikala susah dan senang
Bukan dicari dikala susah
Tapi dibuang dikala senang

Semua insan mempunyai kelebihan dan kekurangan

Yang kurang kita teguri
Yang baik kita ikuti

Itulah sahabat sebenar


Sahabat.  ^_^


Tuesday, May 7, 2013

Aku Bukan Penggoda

Jangan mengalah!.. itu saja yang mampu aku ucapkan atas kekalahan yang kita alami. Aku dah menangis atas sebab ini. Terasa hati pilu dan pedih yang amat sangat. Kalau diikutkan hati nak jer aku cantas geng-geng penipu tu.

Tapi Allah lebih tahu.. Dia tahu kita belum cukup bersedia lagi untuk kemenangan besar ini. Dia tahu kita masih belum kuat untuk menggalas tugas yang besar ini. Kalau diikutkan.. jika Allah dah tetapkan kita menang. Kita akan menang walaupun geng-geng penipu tu buat macam-macam penipuan.

*Takpa.. hari ni hari hang.. hari akan datang, kami cantas semua penipuan hang sampai kalau boleh takdak lansung penipuan samada dari pihak hang atau pihak kami. Amiinn..


Kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13


Info menarik - aku bukan si penggoda