Wednesday, April 25, 2012

Sunday, April 22, 2012

Perancangan

Perancangan..
Ia penting dalam menentukan hala tuju hidup kita

Jika perancangan kita gagal
Jangan takut
Bangun dan bina semula rancangan baru

Kerana
Orang yang berjaya
Tidak pernah mengenal apa itu kata 'Berhenti'

Hati.. Mengapa kau berbisik?..

Duhai Hati..
Mengapa kau berbisik?..

Tidak sanggupkah kau menunggu?..
Menunggu masa yang sesuai?..

Masa yang akan membuatkan kau dan dia mengenangkan sebagai peristiwa suci

Moga kau sabar dalam Mujahadah ini

Tuesday, April 17, 2012

Bahagia

Bahagia..
Bukan datang dengan harta dan pangkat

Tetapi
Ia datang dengan ketenangan Jiwa.

Maka
Carilah ia..
Moga kita Bahagia.  ^_^

Saturday, April 14, 2012

Thursday, April 12, 2012

Dalam Diam Aku Mula Men-Cintaimu

Dalam diam..
Aku terpaku
Aku termenung

Adakah ini Cinta
Atau sekadar mainan Hati

Aku terkesima
Kerana perasaan ini
Makin lama makin kuat
Makin lama makin bergelora

Sunday, April 8, 2012

Life asking Death



Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan 
bagi orang-orang yang terpedaya. 
(Al-Hadid:20)

Saturday, April 7, 2012

Kehidupan

Kehidupan..

Kau mempunyai pelbagai rasa
Ada masanya kau manis
Ada masanya kau pahit
Ada masanya kau masam
Dan ada masanya kau masin

Tanpa rasa ini..
Pasti aku akan kehilangan

Kehilangan sesuatu perkara
Yang dinamakan Kehidupan

Moga kehidupan ini..
Membawa kita Kepada-Nya


Hati.. Tidakkah Kau Malu?..

Hati..
Tidakkah kau Malu?
Malu mengotorkan dirimu
Malu membelakangkan Dia

Tidakkah kau Rasa?
Perasaan yang berbeza-beza
Perasaan yang mencemaskan

Tidakkah kau Rasa semua itu?

Atau kau tidak pedulikan ia?