Sunday, May 27, 2012

Jalan dan Hidup

Dalam hidup ini
Ada banyak cara yang boleh kita pilih
Jalan yang biasa
atau
Jalan yang luar biasa

Kebanyakkan manusia boleh memilih jalan yang biasa
Manakala hanya segelintir sahaja yang boleh memilih jalan yang luar biasa

Maksud saya
Jalan biasa itu jalan yang sama seperti orang lain
Manakala jalan yang luar biasa itu pula
Ialah jalan yang berlainan dari biasa
Seperti tokoh-tokoh hebat yang dikenali

Bagi Muslim
Jalan yang biasa itu ialah jalan yang mengejar keduniaan
Manakala jalan yang luar biasa pula
Ialah jalan yang mengejar nilai akhirat dengan menggunakan nilai keduniaan

Jalan yang biasa sentiasa senang untuk dilalui oleh kebanyakkan orang
Kerana
Hati dan Jiwa suka melakukan perkara-perkara yang lebih kepada pemuasan nafsu semata-mata

Manakala jalan yang luar biasa pula sentiasa diberi alasan susah untuk dilalui
Kerana
Hati dan Jiwa sentiasa menolak untuk taat dan patuh pada segala suruhan-Nya


Maka.. jalan mana yang kita pilih?..