Monday, March 19, 2012

Fitrah versus Nafsu Diri

Tipulah aku
Bila melihat wanita cantik, seksi meksi tidak tertarik

Selalu aku berbisik kepada hati
Ini lah fitrah kita
Aku kan lelaki
Mesti syok kat perempuan punya

Tapi
Kalau aku syok sesama jenis
Memang masalah besarlah pada aku

Letih menjaga diri
Letih mendidik diri
Letih melawan diri

Aku sedih melihat wanita-wanita yang tanpa segan silu menayang tubuh mereka
Padahal memang mereka tahu
Yang ramai lelaki memandang mereka

Begitu jugak lelaki
Kalau yang hensem dan kacak tu
Ada saja aksi-aksi cute mereka untuk menawan perempuan
Sama tujuan, tapi pendekatan yang berbeza oleh dua jenis golongan

Adalak aku juga perlu kelihatan hensem?
Adakah aku juga perlu kelihatan sasa?
Adakah aku juga perlu kelihatan stylish?
Supaya ramai wanita tertarik kepada Islam?

Mungkin Ya atau mungkin Tidak

Hatiku serba salah dibuatnya
Komitmenku terlalu banyak
Kadang sampai aku malas melayan semua komitmen ini
Komitmen yang sentiasa membuatkan aku lelah dalam mengejar Syurga-Nya

Aku hanyalah hamba yang biasa dan hina
Jika ini jalan yang perlu aku tempuhi
Aku kan tempuhi

Dan mungkin juga
Diri aku kan berubah dari semasa ke semasa

Doaku
Moga aku berubah menjadi insan yang lebih baik
Dalam perubahan dari semasa ke semasa itu

Doakan diri ku juga dalam doa kalian
Moga Allah sentiasa membawa kita ke jalan-Nya
Dalam perjuangan meraih Cinta dan Syurga-Nya

No comments: