Monday, May 2, 2011

Anak dan Hidup

wahai anak
apabila engkau sudah dewasa
jangan kau lupa asal usul mu

jangan kau lupa siapa ibu bapa mu
jangan kau lupa tanggungjawab mu kepada mereka

ya..
mungkin mereka insan yang mendurhakai perintah Tuhan
tapi tidak bermakna kerana itu
tanggungjawab mu pada mereka pun hilang

kalian tetap anak mereka
kalian tetap mempunyai tanggungjawab menjaga mereka
walaupun kalian merasakan mereka begitu kotor

kekotoran yang mereka lakukan itu bukan urusan kalian
ia urusan mereka dengan Pencipta kita
tak usah kalian menjadi hakim
kerana pencipta kita itu adalah Hakim kepada semua hakim

ingatlah anak
walaupoun mereka banyak melakukan kekotoran dunia
tetapi bila mereka tua
mereka hanya ingin keprihatinan dan kasih sayang dari kalian

bukan mereka meminta lebih
hanya cukup untuk mereka hidup sementara nyawa masih berbaki


tunaikanlah tanggungjawab kalian
kerana Tuhan tidak akan memandang amalan kalian
tanpa keredhaan ibu bapa kalian

pesana ini bukan hanya untuk kalian sahaja
tetapi untuk diri yang sering alpa ini juga

moga kita sentiasa tersedar
dari pendustaan dunia yang hina lagi fana ini


*p/s : 1. tunaikan tanggungjawab kita pada ibu bapa kita walaupun mereka tidak taat pada perintah Allah.

2. Allah ada berfirman di dalam Al-Quran, bahawa selagi ibu bapa kita diberi nafas oleh-Nya, selagi itulah tanggungjawab kita pada mereka masih ada. so, sebelum mereka pergi, kutiplah sebanyak-banyak pahala yang boleh dikutip, kerana semenjak dari kita lahir lagi, kita dah mula mengguris dan menyakiti kan hati mereka. moga Allah terima amalan kita.

No comments: