Wednesday, April 20, 2011

Usaha Beb!

Usaha merupakan satu proses di mana diri melakukan sesuatu perkara dengan berdasarkan tujuan-tujuan yang tertentu.

Di dalam proses ini.. kita jugak belajar. Ada kalanya apa kita inginkan, kita dapat.. dan adakalanya juga, apa yang kita inginkan.. kita tidak dapat. Begitulah jugak sebaliknya, apabila berkaitan dengan perkara yang kita tidak inginkan.

Pembaca-pembaca yang disayangi, sebenarnya tentang proses usaha ini, semua antara kita melaluinya, cuma sedar atau tidak sahaja, bahawa diri kita sedang melalui proses ini.

Sekarang ini juga pun, para pembaca melalui proses usaha iaitu dalam proses sedang berusaha untuk membaca artikel saya hingga ke akhir artikel saya. hehe.

Saya juga sedang melalui proses ini, dimana saya sebagai penaip artikel, berusah untuk berfikir apakah isi dan kandungan yang bagus untuk ditaip dan dikongsikan bersama para pembaca sekalian.

Akhir kata, sentiasalah berusaha dalam mencapai cita-cita kalian. Selagi ia-nya tidak melanggar hukum syariat Allah, Insya'Allah cita-cita ialah cita-cita yang okei.

Sekian!

*p/s :

1. Kelas deutsch dah start. Alhamdulillah.. dapat habiskan satu bab dalam satu hari, which mean in 2 and a half hour. hehe. Doakan Allah mudahkan urusan kami, dan supaya kami semua dapat mencapai cita-cita kami untuk belajar di Deutschland. Moga Allah redha atas semua usaha kami. Moga kami sentiasa istiqamah di atas jalan-Nya. Amin-amin Ya Rabbalalamin. :)

2. Dah apply dekat 20 university, Haschoschule and FaHaschoschule di Germany. Mohon Allah mudahkan.

:)

No comments: