Friday, March 25, 2011

Hari Jumaat Yang Barakah

Salam..

Hari Jumaat adalah Hari yang Berkat.

Ia adalah hari kemenangan umat Islam.

Setiap Hari Jumaat telah diwajibkan bagi para lelaki yang ber-Iman agar pergi ke masjid untuk menunaikan Solat JUmaat secara berjemaah.

Indahnya Hari Jumaat ini, kerana.. kebanyakkan orang yang mengaku Islam di I/C tetapi tidak menunaikan Solat 5 waktu pada hari-hari dalam kehidupan mereka.

Tetapi bila tiba Hari Jumaat, meraka pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku sedih dengan keadaan ini.

Secara jujur, aku pon tak sempurna. Banyak lagi cacat cela dalam amal ibadatku. Aku kadang-kadang mencela diriku, kerana tidak mampu menunjukkan contoh dan akhlak yang terbaik pada mereka.

Moga Allah mudahkan usaha aku untuk membawa mereka kembali pada fitrah dan semoga aku menjadi insan yang lebih rajin untuk menamba ilmu di dadaku.

Mohon Allah mudahkan.

Allahu Allah~


Sekian!

No comments: