Sunday, August 4, 2013

Kalau Aku Kaya!..

Kalau Aku Kaya!.. 
Ohyeah!...

Kalau aku kaya
Hari hari aku belanja

Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Aku bagi Ummi

Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Kimi Raikonnen
Dia panggil aku Sir
Aku panggil dia beb

Aku belikan  Kim Taeyeon
Kain banyak-banyak
Aku pesan dia tolong tutup aurat
Kalau ada jodoh aku terus lamar dia
Senang nak settelkan sebab dah jadi bini aku

Bila aku kaya..
Uwo!..

Bila aku kaya!..
Uwo!..

Bila aku kaya!..
Uwo!..


Bila Aku Kaya!..


Note : Bila makin Kaya, patutnya kita makin Kuat Iman. Peace!..  ^_^

* Hasil inspirasi dari lagu Bila Aku Kaya!.. by Altimet dan Awi Rafael.  <3 p="">

Tuesday, July 16, 2013

Cinta Ramadhan Ini

Cinta Ramadhan Ini
Mengigatkan qalbu ku
Bahawa diri ini sentiasa seorang Hamba

Hamba yang berkelana di atas Bumi ciptaan-Nya
Hamba yang bernafas dengan menghirup Udara ciptaan-Nya
Hamba yang mengisi perut dengan memakan Hasil ciptaan-Nya

Sedarlah Wahai Hamba..

Bahawasanya..
Cinta Ramadhan ini memanggil mu kembali
Memanggil mu kembali kepada Tuan Ramadhan.



Ramadhan Kareem.  ^_^


"Sudah datang bulan Ramadan, penghulu segala bulan, 
maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. 
Sudah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan. 
Maka, hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
(Riwayat At-Tabrani). 


Note : Inspired by Ramadhan song by Maher Zain and the Lovely Ramadhan Month's itself. Subhanallah.  

Sunday, June 30, 2013

Nyanyian Hijab

 Nyanyian hijab untuk para Hawwa'.

Berhijablah wahai wanita-wanita Islam.

Sesungguhnya kebaikan menanti kamu.

Jangan takut dan jangan segan.

Kecantikan itu pasti bersama kamu. ^_^



Ya Okhtana - Wahai Saudariku


adapted from Midham Mzat  ;)

Tuesday, June 18, 2013

Kecantikan Bidadari


Manisnya wanita bukan kerana senyumannya.
Tetapi manisnya wanita kerana Iman yang ada pada 
dirinya dan keteguhannya menjaga auratnya.

Menutup AURAT bukanlah perkara yang BERAT,
tapi kita saja-saja buat tak LARAT sebab 
nak nampak cantik di dunia tapi bukan di AKHIRAT.

Perempuan kena jaga MARUAH DIRI. 
Jadi perempuan yang DIHORMATI. 
Bukan yang murah HARGA DIRI. 
Bila dihormati, barulah jadi IDAMAN LELAKI.



adapted from Qiela Fiffy and Fatihah Mazlan  ^_^


Friday, May 24, 2013

Ku Masih Mencintai-Mu

Kau masih ku Cintai..
Sungguh..

Dari awal hingga akhir nanti
Aku pasti
Seyakinnya pasti
Akulah milik-Mu

Cintaku..
Jika Kau lihat tingginya awan
Takkan sama seperti Cinta-Mu padaku
Hanya diri-Mu tahu siapa diriku
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku Cintai..
Sungguh..
Dari hari pertama Kau ciptakan diriku
Aku pasti..
Seyakinnya pasti
Aku milik-Mu




Friday, May 10, 2013

Sahabat Jugak Insan

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala susah
Bukan dibuang dikala senang

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala bermain bola
Bukan dibuang bila sudah jadi menjadi pemain 'top'

Sahabat
Diperlukan sebagai teman dikala resah
Bukan dibuang dikala 'happy'


Sahabat
Jika sekali dicalarkan
Lukanya susah sekali dihilangkan


Sahabat Sejati
Sentiasa bersama dikala susah dan senang
Bukan dicari dikala susah
Tapi dibuang dikala senang

Semua insan mempunyai kelebihan dan kekurangan

Yang kurang kita teguri
Yang baik kita ikuti

Itulah sahabat sebenar


Sahabat.  ^_^


Tuesday, May 7, 2013

Aku Bukan Penggoda

Jangan mengalah!.. itu saja yang mampu aku ucapkan atas kekalahan yang kita alami. Aku dah menangis atas sebab ini. Terasa hati pilu dan pedih yang amat sangat. Kalau diikutkan hati nak jer aku cantas geng-geng penipu tu.

Tapi Allah lebih tahu.. Dia tahu kita belum cukup bersedia lagi untuk kemenangan besar ini. Dia tahu kita masih belum kuat untuk menggalas tugas yang besar ini. Kalau diikutkan.. jika Allah dah tetapkan kita menang. Kita akan menang walaupun geng-geng penipu tu buat macam-macam penipuan.

*Takpa.. hari ni hari hang.. hari akan datang, kami cantas semua penipuan hang sampai kalau boleh takdak lansung penipuan samada dari pihak hang atau pihak kami. Amiinn..


Kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13


Info menarik - aku bukan si penggoda


Monday, May 6, 2013

PRU - 13 Results


PARLIMEN :

BN - 133
PR - 88
Bebas - 1


DUN/NEGERI :

BN (NEGERI DIKUASAI)
  1. MELAKA - BN (21), PR (7)
  2. N. SEMBILAN - BN (22), PR (14)
  3. JOHOR - BN (36), PR (16)
  4. SABAH - BN (45), PR (10), STAR (1)
  5. PERLIS - BN (13), PR (2)
  6. PERAK - BN (31), PR (28)
  7. TERENGGANU - BN (17), PR (15)
  8. KEDAH - BN (21), PR (13)
  9. SARAWAK - BN (25), PR (6)
  10. PAHANG - BN (40), PR (16)

PR (NEGERI DIKUASAI)

  1. PENANG - BN (10), PR (30)
  2. KELANTAN - BN (12), PR (33)
  3. SELANGOR - BN (12), PR (44)


Pakatan dedah penyelewengan pada PRU-13

Sunday, May 5, 2013

Info PRU-13

Kerusi Parlimen - 222 kerusi

Majoriti Mudah - 112 kerusi

Majoriti 2/3 - 148 kerusi

Kerusi DUN - 505

Bil. Parti yang bertanding - 12

Jumlah pengundi - 13.26 juta

Pengundi baharu - 2.3 juta

Pengundi awal - 272,387

Peratusan pengundi :
Lelaki - 50.23 peratus
Perempuan - 49.77 peratus

Jumlah pusat mengundi - 8,789

Saluran mengundi - 26,219

Bilangan peti undi - 50,000

Jumlah dakwat kekal - 230,000 botol

Tempoh berkempen - 15 hari

Bajet SPR - RM 400 juta

Bil. Petugas SPR - 234,905


Sources : KOSMO! ( 5 Mei 2013 / Ahad )