Wednesday, February 15, 2012

Kebesaran Mu

Kau tempatku mengadu hati

Memberi segala hidup

Dunia dan seisinya milik-Mu

Mencintai-Mu sejati


Ku manusia yang penuh dosa

Berharap ampunan-Mu

Melihat dilangit kesempurnaan hati-Mu

Kau cinta pertama dalam hidup


Reff:

Allahu Akbar Maha Besar

Memujamu begitu indah

Selalu kau berikan semua

Kebesaran-Mu Tuhan

Saat itu..

Saat aku tidak faham maksud disebalik ketentuanNya, aku memilih untuk tetap yakin..


Saat aku dihimpit oleh kekecewaan, aku memilih untuk tetap bersyukur..


Saat beberapa rencana hidupku gagal, aku memilih untuk tetap tawakal..


Saat putus asa mendatangiku, aku memilih untuk tetap melangkah....


Walau apapun yang terjadi, yakinlah dengan Allah.. because God certainly will shape you into your best figure..


Allah knows best..


(copied and paste from Haikal Ambri Rosle)



*Keep fighting sahabatku and also to myself!... ;)


Indahnya Bersederhana.. ^_^

Sederhana itu Indah..

Untuk dunia ianya menyamankan..

Untuk akhirat ianya menyenangkan..


Ia tidak terlalu memberatkan sehingga kita merasa susah..

Ia tidak terlalu meringankan sehingga kita merasa dilalaikan..

Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan..


'Bersederhanalah' dan 'Janganlah Berlebih-lebihan..' ^_^


Sesungguhnya..

Bukan yang terbaik itu..

Menurut ukuran manusia yang mampu membuatkan kita merasa Bahagia dan Nyaman..

Tetapi apa yang terbaik itu adalah menurut Allah lah yang menjadikan Kebahagiaan itu Hakiki..

Wallahu'alam.


*Copied and Edited via Haikal Ambri Roslee

Allah.Cinta.Kita

Allah amat kasih dan cinta dengan kita. Sangat dekat. Kenapa kita tidak boleh membuat permulaan, walaupun dengan langkahan kecil untuk mendekati-Nya? Kedekutnya, bakhilnya, tidak malunya kita berlagak sedemikian rupa. Sedangkan Allah SWT yang memiliki segalanya merapati kita. Kenapa kita yang memerlukan Allah SWT tidak bergerak mendekati-Nya?


Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah. Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas.


Ya Allah, apakah ada lagi yang sebaik Engkau dalam dunia ini?


“Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik wakil(pengurus)”

Surah Ali-Imran ayat 173.


Jangan lengah. Nanti kalau peluang benar-benar hilang(mati, kiamat) baru hendak tergadah.


Mari kita rasa Allah dekat dengan kita. Hidup benar-benar dengan perasaan bersama-Nya. Percayalah cakap saya, orang yang punya perasaan ini, dia sentiasa akan berjaya.


[copied from langitilahi.com]




Mahu tak Cinta Allah?.. ^_^









Tuesday, February 14, 2012

Erti Syukur

Biasanya..
Manusia tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki..
Selalu merungut..
Tak cukup ni..
Tak cukup tu..

Sedangkan..
Apa yang kita miliki semuanya..
Sebenarnya adalah apa yang kita perlukan..

So.. tak mau cerita panjang-panjang..
Direct to the point..

Aku nak start balik belajar bersyukur..

Yelah.. manusia lah katakan..
Mesti selalu terlupa..

Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan kita..
Dia tegur aku..
Sedangkan aku tengok cerita Jepun jer tadi..
Tapi banyak sangat kebaikan yang boleh ambil..
Walaupun ada jugak yang tak elok..
Tapi yang penting..
Kita ambil perkara yang 'elok-elok' jer kan?..

hehe..

*May Allah always guide us to the right path. Ganbatte!.. ^_^

Saturday, February 11, 2012

Takkan ku menyerah kalah!..

Takkan ku menyerah kalah..
Walau berbagai dugaan dan cubaan datang menerpa silih berganti..
Kerna..
Jika aku mengalah bererti aku berputus asa..
Untuk menjadi orang yang berjaya..
Aku perlu bangkit..
Pabila setiap kali aku jatuh..

"Sesunggunya.. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum.. melaikan mereka mengubah diri mereka sendiri." - Quran, 13 ; 11

Doa.. Usaha.. after that Tawakkal. Insya'Allah. ^_^

Selamat mengejar Impian!..

Impian aku.. adalah Cinta Ilahi. <3

Monday, February 6, 2012

Surat Cinta

Subhanallah..

Hebat kan Cinta?.. Manusia boleh 'ego' bila dapat Cinta. Perasan 'Hot' orang kata. Tapi.. bila apa yang dulu dia ada.. dah takda.. baru terhegeh-hegeh nak balik, itupun seperti mengharapkan 'bulan jatuh ke riba'.

Dia ingat dengan menangis siang malam dia boleh dapat balik budak lelaki tu.. 'seriously'.. aku pun tak faham.. dulu dia yang 'ego' sangat waktu tolak budak lelaki tu.. after that, dia pulak yang menangis siang malam mengharapkan budak lelaki tu kembali pada dia.

I said.. 'What the Fish Cake!..'.

"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melaikan mereka mengubah diri mereka sendiri" - Al Quran.

Pesan aku.. tak payahlah menangis siang malam.. konon-kononnya mengharapkan budak lelaki tu kembali pada kau macam 'miracle'.

Kalau kau nak 'dia' lagi.. kejarlah dia.. lamarlah dia.. mintak maaflah pada dia.. mungkin dia akan sejuk hati dan terima kau kembali.. daripada kau cakap 'dialah' yang terbaik buat kau.. tapi usaha ko hanya menangis siang malam. Kau ingat dia tahu ker kau menangis siang malam?..

Okei.. terlebih emotional pulak.

Salam. Bye!

Sunday, December 11, 2011

Keluarga.

Dalam Islam pun Allah dan Rasul mendidik dan mengajar kita cara berkeluarga yang terbaik.

Kenapa tak nak ikut?.. Hebat sangat ker ajaran manusia tentang keluarga?.. hingga apa yang Allah dan Rasul ajar dipinggirkan?..

Moga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang benar.

Aku tidak benci manusia. Tapi aku amat benci kejahilan.

p/s : jom mengaji tambah ilmu di dada, kan kita orang-orang yang membenci kejahilan?..

Langkahan Hidup

Aku perlu terus melangkah. Aku tidak boleh mengembalikan masa lalu.. tapi aku boleh melangkah.

Melangkah ke arah yang lebih baik. Pilihlah jalan yang baik itu kawan. Moga kita mendapat tempat yang baik di sana.