Sunday, November 11, 2012

Kebosanan Cinta


Bosan

Life ni bosan kalau tiada perkara nak buat.. walaupun melepak tu pun dikira salah satu perkara.. tapi bila bosan.. buat apa benda pun bosan. Aku suka hilangkan kebosanan aku dengan main games, dengan tengok movies.. kebanyakkan movies di computer dan tv, bersukan dan berfikir.


Main games sampai terkezut!.. Hahaha..  ^_^

Bila difikirkan.. kalau aku ada duit berjuta-juta sekalipun.. belum tentu dapat hilangkan kebosanan dalam hidup ni. Yelah.. kalau korang fikir secara logik pun.. duit banyak-banyak tu pun takkan dapat hilangkan kebosanan. Mungkin dapat hilangkan kebosanan tu sekejap sewaktu berbelanja sana-sini.. tapi.. selepas tu kebosanan tu datang semula.

Jadi aku pun memikirkan secara rasional.. kalau hidup ni ‘bosan’.. kenapa yer Allah ciptakan kita kat dunia ni?.. buat apa-apa jer mesti akan bosan. Bila baru-baru tu memanglah best.. tapi bila dah lama.. jemu gak. Contohnya.. macam kita baru beli game baru.. after a while.. bosan pulak main game tu. hahaha..

So.. bila difikir-fikirkan.. aku teringat firman-firman Allah di dalam Al-Quran. Allah dah mention awal-awal yang Dia ciptakan manusia ni untuk ber-ibadat kepada Dia. Itu-lah tugas ‘main’ manusia. Tapi tu pun bosan jugak kan?.. ha.. tapi itulah perintah Tuhan kita. Last-last kita akan pergi semula kepada Dia jugak kan?..


Don't look for It. Create it!..  ^_^

So.. aku pun ‘go on’ jelah dengan life ni. Sehinggalah sampai waktu.. di mana.. kita pun akan pergi kembali kepada-Nya jugak.

Wallahua’lam. I just want to say that I Loves You!..  ^_^

p/s : ayat tu untuk semua.. bukan untuk certain2 individu tau. hehehe..   ;p

Monday, November 5, 2012

Usaha untuk Sabar

hmm.. susah betul nak serapkan sifat dan sikap sabar dalam diri. skung nie rasa diri cepat sangat nak naik angin.yelah.. kalau dulu aku ni tak suka nak kutuk orang sana sini.. tapi skung.. kalau ada jer mamat yang buat aku angin.. memang kena tembakan bazooka aku secara direct. aku tak main kutuk belakang beb.

hmm.. bila pikir2 balik.. rasa kesian ada.. rasa bersalah pun ada.. (penangan Muhasabah Diri). takpelah.. pengajaran buat aku gak sebenarnya.. supaya lebih bersabar dan berhikmah dalam menangani setiap keadaan.


aku kena carik buku nie!..

moga aku menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. kepada kawan2 aku yang kena tembakan bazooka aku.. aku mintak maaf sangat2. moga korang pun Muhasabah Diri gak.  ^_^

doakan aku berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan semua urusan.