Thursday, March 31, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Tetap Teguhkanlah

Ya Allah,

tetap teguhkanlah Iman dan Jiwa kami kepada-Mu.




Moga masa-masa yang mendatang, akan ku isi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Sekian!

Friday, March 25, 2011

Hari Jumaat Yang Barakah

Salam..

Hari Jumaat adalah Hari yang Berkat.

Ia adalah hari kemenangan umat Islam.

Setiap Hari Jumaat telah diwajibkan bagi para lelaki yang ber-Iman agar pergi ke masjid untuk menunaikan Solat JUmaat secara berjemaah.

Indahnya Hari Jumaat ini, kerana.. kebanyakkan orang yang mengaku Islam di I/C tetapi tidak menunaikan Solat 5 waktu pada hari-hari dalam kehidupan mereka.

Tetapi bila tiba Hari Jumaat, meraka pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku sedih dengan keadaan ini.

Secara jujur, aku pon tak sempurna. Banyak lagi cacat cela dalam amal ibadatku. Aku kadang-kadang mencela diriku, kerana tidak mampu menunjukkan contoh dan akhlak yang terbaik pada mereka.

Moga Allah mudahkan usaha aku untuk membawa mereka kembali pada fitrah dan semoga aku menjadi insan yang lebih rajin untuk menamba ilmu di dadaku.

Mohon Allah mudahkan.

Allahu Allah~


Sekian!

Thursday, March 24, 2011

Janji

Aku telah berjanji.

Dan aku akan tunaikan janji itu.

Bila tiba waktu dan tikanya.

Moga Allah mudahkan.

Allahu Allah~

(^_^)


Sekian!

Masa Depan

Aku perlu menjadi insan yang lebih responsible.

Menuju Masa Depan.


Sekian!

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa?


"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?

The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth?

British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.

Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men".

Sekian!

Monday, March 21, 2011

Syukurilah

Salam..

Hari ini membuat kerja part time di Ukay Perdana. Mengajak beberapa teman untuk membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan, tetapi masih belum mencapai target, iaitu menyiapkan
4 500 unit envelope yang diisi dengan majalah GURU yang akan dihantar ke semua sekolah dalam Malaysia.

Total sekolah dalam Malaysia lebih kurang 10 ribu. Jadi hari ini (20/3/11 tepat pada pukul 23:00), kami berjaya menyiapkan dalam 1 922 unit.

Jadi besok kami perlu menghabiskan kesemuanya untuk mendapatkan upah kami. hehehe.

Sekian melaporkan.

*p/s :
1. Doa - Ya Allah.. jadikanlah rindu-rindu kami ini sebagai ibadah, agar dengannya kami lebih bertaqwa kepada-Mu. Aminn.

2. Perlu lebih ceria menjalani kehidupan, kerna ada orang yang lebih susah dari kita sebenarnya. Cuma kita jer yang tak tahu.

3. Post an tajuk post agak lari sedikit, tetapi ada kaitan. Malas nak taip panjang-panjang. hahaha~

:p

Sunday, March 20, 2011

Menjadi Diriku

Aku hanya mahu menjadi diriku..

Bukan diriku yang jahil seperti dahulu.


Tetapi mahu menjadi diriku..

Yang mampu menjalani badai kehidupanku ini,

Dengan segala kekurangan yang ada.


Aku hanya mahu..

Menjadi insan yang sentiasa Bersyukur.


~Ilham dari lagu Menjadi diriku by Edcoustid~

Peace!..