Showing posts with label Kajang. Show all posts
Showing posts with label Kajang. Show all posts

Friday, May 13, 2011

Rindu

Susah untuk ku ungkapkan,
Kerna ia rasa yang berlainan..

Moga rindu ini hanya untuk diriMu sahaja Ya Allah

*Tetap teguhkanlah Iman dan Jiwa kami kepadaMu Ya Allah.

:)

Monday, May 2, 2011

Anak dan Hidup

wahai anak
apabila engkau sudah dewasa
jangan kau lupa asal usul mu

jangan kau lupa siapa ibu bapa mu
jangan kau lupa tanggungjawab mu kepada mereka

ya..
mungkin mereka insan yang mendurhakai perintah Tuhan
tapi tidak bermakna kerana itu
tanggungjawab mu pada mereka pun hilang

kalian tetap anak mereka
kalian tetap mempunyai tanggungjawab menjaga mereka
walaupun kalian merasakan mereka begitu kotor

kekotoran yang mereka lakukan itu bukan urusan kalian
ia urusan mereka dengan Pencipta kita
tak usah kalian menjadi hakim
kerana pencipta kita itu adalah Hakim kepada semua hakim

ingatlah anak
walaupoun mereka banyak melakukan kekotoran dunia
tetapi bila mereka tua
mereka hanya ingin keprihatinan dan kasih sayang dari kalian

bukan mereka meminta lebih
hanya cukup untuk mereka hidup sementara nyawa masih berbaki


tunaikanlah tanggungjawab kalian
kerana Tuhan tidak akan memandang amalan kalian
tanpa keredhaan ibu bapa kalian

pesana ini bukan hanya untuk kalian sahaja
tetapi untuk diri yang sering alpa ini juga

moga kita sentiasa tersedar
dari pendustaan dunia yang hina lagi fana ini


*p/s : 1. tunaikan tanggungjawab kita pada ibu bapa kita walaupun mereka tidak taat pada perintah Allah.

2. Allah ada berfirman di dalam Al-Quran, bahawa selagi ibu bapa kita diberi nafas oleh-Nya, selagi itulah tanggungjawab kita pada mereka masih ada. so, sebelum mereka pergi, kutiplah sebanyak-banyak pahala yang boleh dikutip, kerana semenjak dari kita lahir lagi, kita dah mula mengguris dan menyakiti kan hati mereka. moga Allah terima amalan kita.

Monday, April 25, 2011

Kecantikkan

Sayang.. kecantikkan itu hanya sementara. Ada orang kata ia subjektif. Mungkin 'ya' mungkin 'tidak'.

Pada aku kecantikkan itu bukan sekadar luaran. Tapi ramai manusia tertipu dengan kecantikkan. Bagi mereka kecantikkan itu mestilah berpakaian seksi, berkulit putih dan sebagainya.


Hanya segelintir sahaja yang perasaan baawa kecantikkan itu bukan pada berpakaian seksi, berkulit putih dan sebagainya.

Moga Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar pada kita.

Sekian!

Wednesday, April 20, 2011

Usaha Beb!

Usaha merupakan satu proses di mana diri melakukan sesuatu perkara dengan berdasarkan tujuan-tujuan yang tertentu.

Di dalam proses ini.. kita jugak belajar. Ada kalanya apa kita inginkan, kita dapat.. dan adakalanya juga, apa yang kita inginkan.. kita tidak dapat. Begitulah jugak sebaliknya, apabila berkaitan dengan perkara yang kita tidak inginkan.

Pembaca-pembaca yang disayangi, sebenarnya tentang proses usaha ini, semua antara kita melaluinya, cuma sedar atau tidak sahaja, bahawa diri kita sedang melalui proses ini.

Sekarang ini juga pun, para pembaca melalui proses usaha iaitu dalam proses sedang berusaha untuk membaca artikel saya hingga ke akhir artikel saya. hehe.

Saya juga sedang melalui proses ini, dimana saya sebagai penaip artikel, berusah untuk berfikir apakah isi dan kandungan yang bagus untuk ditaip dan dikongsikan bersama para pembaca sekalian.

Akhir kata, sentiasalah berusaha dalam mencapai cita-cita kalian. Selagi ia-nya tidak melanggar hukum syariat Allah, Insya'Allah cita-cita ialah cita-cita yang okei.

Sekian!

*p/s :

1. Kelas deutsch dah start. Alhamdulillah.. dapat habiskan satu bab dalam satu hari, which mean in 2 and a half hour. hehe. Doakan Allah mudahkan urusan kami, dan supaya kami semua dapat mencapai cita-cita kami untuk belajar di Deutschland. Moga Allah redha atas semua usaha kami. Moga kami sentiasa istiqamah di atas jalan-Nya. Amin-amin Ya Rabbalalamin. :)

2. Dah apply dekat 20 university, Haschoschule and FaHaschoschule di Germany. Mohon Allah mudahkan.

:)

Wednesday, April 6, 2011

Never Say Never!

How can you know if you can do it or not If you just sit there?..

For God sake.. you will find nothing if you just sit there, trust me.

How about if i tell you, if you do this thing you can get what you want?

Want to know?

My answer is simple,

Get Up, Make Prayer, Dua', Meet and Make Friends with Good People and then Ask them.


Ask them until you get your answer, although you still yet do not get your answer.

Go find other New People and Ask them too until you get you answer.

My conclusion is Berusaha lah!..

Insya'Allah.. Allah will show you the way.


Subhanallah. :)


*p/s : nak nikah anak orang berani pulak nak jumpa mak ayah dia, takkan nak sambung belajar tak berani kot?!.. Jihad Kecil nie.. hehe.

Sekian!

Sunday, April 3, 2011

Kerja Lagi

Sekarang kerja part-time dah jadi kerja full-time.

Arghhh!..


Sekian!

Saturday, April 2, 2011

Solat Sayang


Solat lah Sayang.


Sujudlah wahai hamba, hanya kepada pencipta-Mu.


Seorang muslimat solat di tepi jalan.


Solat di tepi bangunan.


Solat di dalam taman.


Solat dia atas jalan kerana masjid sudah penuh.


Solatlah walaupun di mana sahaja kita berada.


Solat itu penenang jiwa.

Mendekatkan sang hamba dengan pencipta-Nya.

Cara sang hamba merintih pada Tuhan-Nya.

Meminta dan mengadu apa sahaja pada Tuhan-Nya.

Abdullah bin Mas’ud had asked the Prophet (PBUH), “Which deed is the dearest to Allah?”

The Prophet (PBUH) replied, “To offer As-Salat (the prayers) at their early stated fixed times.”


Sekian!

Sabar Sayang

Sabar itu perlu.

Kerana sabar itu kunci Syurga.

Tetapi jika sabar itu tidak disaluti dengan Iman,

Maka ia akan menjadi rugi.

Oleh itu, apabila bersabar.. salutkan lah ia dengan Iman.

Moga-moga ia menjadi sabar yang menguntungkan dirimu.

:)

Wednesday, March 30, 2011

Tetap Teguhkanlah

Ya Allah,

tetap teguhkanlah Iman dan Jiwa kami kepada-Mu.




Moga masa-masa yang mendatang, akan ku isi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Sekian!

Friday, March 25, 2011

Hari Jumaat Yang Barakah

Salam..

Hari Jumaat adalah Hari yang Berkat.

Ia adalah hari kemenangan umat Islam.

Setiap Hari Jumaat telah diwajibkan bagi para lelaki yang ber-Iman agar pergi ke masjid untuk menunaikan Solat JUmaat secara berjemaah.

Indahnya Hari Jumaat ini, kerana.. kebanyakkan orang yang mengaku Islam di I/C tetapi tidak menunaikan Solat 5 waktu pada hari-hari dalam kehidupan mereka.

Tetapi bila tiba Hari Jumaat, meraka pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku sedih dengan keadaan ini.

Secara jujur, aku pon tak sempurna. Banyak lagi cacat cela dalam amal ibadatku. Aku kadang-kadang mencela diriku, kerana tidak mampu menunjukkan contoh dan akhlak yang terbaik pada mereka.

Moga Allah mudahkan usaha aku untuk membawa mereka kembali pada fitrah dan semoga aku menjadi insan yang lebih rajin untuk menamba ilmu di dadaku.

Mohon Allah mudahkan.

Allahu Allah~


Sekian!

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa?


"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?

The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth?

British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.

Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men".

Sekian!

Monday, March 21, 2011

Syukurilah

Salam..

Hari ini membuat kerja part time di Ukay Perdana. Mengajak beberapa teman untuk membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan, tetapi masih belum mencapai target, iaitu menyiapkan
4 500 unit envelope yang diisi dengan majalah GURU yang akan dihantar ke semua sekolah dalam Malaysia.

Total sekolah dalam Malaysia lebih kurang 10 ribu. Jadi hari ini (20/3/11 tepat pada pukul 23:00), kami berjaya menyiapkan dalam 1 922 unit.

Jadi besok kami perlu menghabiskan kesemuanya untuk mendapatkan upah kami. hehehe.

Sekian melaporkan.

*p/s :
1. Doa - Ya Allah.. jadikanlah rindu-rindu kami ini sebagai ibadah, agar dengannya kami lebih bertaqwa kepada-Mu. Aminn.

2. Perlu lebih ceria menjalani kehidupan, kerna ada orang yang lebih susah dari kita sebenarnya. Cuma kita jer yang tak tahu.

3. Post an tajuk post agak lari sedikit, tetapi ada kaitan. Malas nak taip panjang-panjang. hahaha~

:p

Sunday, March 20, 2011

Menjadi Diriku

Aku hanya mahu menjadi diriku..

Bukan diriku yang jahil seperti dahulu.


Tetapi mahu menjadi diriku..

Yang mampu menjalani badai kehidupanku ini,

Dengan segala kekurangan yang ada.


Aku hanya mahu..

Menjadi insan yang sentiasa Bersyukur.


~Ilham dari lagu Menjadi diriku by Edcoustid~

Peace!..




Friday, March 18, 2011

Kuat ke Lelaki?

Salam..

Ramai makhluk yang digelar wanita ingat makhluk yang digelar lelaki adalah kuat. Kalau kitorang kuat kenapa bila terpandang makhluk yang bergelar wanita, kitorang terus lemah? senang cakap cair beb.

Tapi tu lah hakikatnya. Dan sebab tu aku amat menyanjung tinggi wanita-wanita yang depan lelaki nampak jer keras. Tapi bila ngan member-member pompuan diorang, menjerit sakan pasal budak laki nie tegur dia lah, apalah bagai.

Lagi-lagi kalau yang tegur dia tu memang budak laki yang dia minat atau memang suka. Gila sakan tak ingat dunia kot. Aku tak tahu nak explainkan macam mana. Tapi benda nie fitrah dan kalau kita dapat control dan jaga ia dengan baik mengikut landasan yang telah Allah bagi, Insya'Allah kita selamat.

Tapi, hari nie, kalau bab-bab nie, memang ramai yang takleh control. Ramai yang kecundang. Ada yang starting ngan niat yang baik ada pulak yang starting memang ngan niat yang jahat, tapi semua memang akan kecundang, sebab nafsu lagi cepat menguasai dan mengotorkan hati, bila kita terlibat dalam hal-hal seperti ini.

Aku risau.. aku risau aku terjerumus. Sebab tu aku selalu berfikir dulu sebelum ambil apa-apa tindakan atau buat sesuatu, apabila ada apa-apa urusan yang melibatkan antara lelaki dan wanita.

hmmm..

Mohon Allah lindungi kita semua.

*p/s :
1. First post aku yang panjang di blog ini, tak tahu nak guna saya ke, aku ke, awak ke, ana ke.. sebab masih 'blur' lagi dalam sesi menulis di blog untuk meluahkan isi hati, dan sekarang rasa janggal sebab macam pelik. arghhhh!.. -__-"

2.Masih sedang belajar, maaf atas kekurangan penulisan dalam menyampaikan mesej.

Sekian!

Monday, March 7, 2011

Kawan


Kawan

Tegurilah aku,

Jika aku tersimpang keluar..

Dari Jalan Ilahi.


Ingatkan aku..

kerana aku dambakan,

Syurga..

bersama kalian.

Sunday, February 27, 2011

Ilmu

Jangan kau tinggalkan aku

Keseorangan di dunia ini

Kerna kau penunjuk

Penunjuk untuk menyelamatkan aku

Dari kesesatan yang nyata

Hanya dengan kau

Aku dapat kembali

Ke Jalan Kebenaran

Wednesday, February 23, 2011

Wahai Diri

Sentiasalah memuhasabah dirimu

Kerna ia penting

Penting untuk menyelamatkan dirimu

Dari tipu daya dunia

Yang sementara ini

Saturday, February 19, 2011

Learning

Salam..

Still learning and I still have problem in getting my confident in writing, but my Xifu said (Bro Amad) : 'Cara nak dapat confident adalah dengan tulis dan tulis. Ia kena cari, bukan dinanti.'

haha. good one.

Insya'Allah, I'll try.

:)