Sunday, March 20, 2011

Menjadi Diriku

Aku hanya mahu menjadi diriku..

Bukan diriku yang jahil seperti dahulu.


Tetapi mahu menjadi diriku..

Yang mampu menjalani badai kehidupanku ini,

Dengan segala kekurangan yang ada.


Aku hanya mahu..

Menjadi insan yang sentiasa Bersyukur.


~Ilham dari lagu Menjadi diriku by Edcoustid~

Peace!..




Friday, March 18, 2011

Makkah Love


Baru bukak facebook tadi and then stalk kawan yang baru balik dari Makkah. Jealous dengan dia sebab adapat pergi Tanah Haram.

Dulu waktu dari time form 4 lagi.. teringin nak pergi sana sekali lagi. Nak nanges depan Kaabah, sebab banyak sangat buat dosa. Dosa ngan ibu bapa, ngan adik-adik, kawan-kawan, guru-guru, sedara mara and sesiapa sahaja yang pernah masuk dalam life aku.

Nak mintak dari Allah supaya jadikan aku anak yang soleh, abang yang menjaga dan melindungi adik-adiknya. Aku anak sulung. So, tanggungjawab aku besar. Aku selalu rasa aku tak layak jadi abang, anak sulung and lagi-lagi cucu sulung.

Yelah semua orang perhatikan aku. Aku macam bahan uji kaji. Kalau aku okei, okeilah aku. Kalau aku tak okei, khuatir akan effect pada orang lain. Kalau aku jahat sorang-sorang takpelah. Tapi kalau ada orang lain ikut perangai kau, kan sia-sia.

Okeilah nak chow. Ada urusan lain plak. Macam tergantung jer post aku nie, tapi aku tak kesah sebab aku masih belajar.

Sekian!

Kuat ke Lelaki?

Salam..

Ramai makhluk yang digelar wanita ingat makhluk yang digelar lelaki adalah kuat. Kalau kitorang kuat kenapa bila terpandang makhluk yang bergelar wanita, kitorang terus lemah? senang cakap cair beb.

Tapi tu lah hakikatnya. Dan sebab tu aku amat menyanjung tinggi wanita-wanita yang depan lelaki nampak jer keras. Tapi bila ngan member-member pompuan diorang, menjerit sakan pasal budak laki nie tegur dia lah, apalah bagai.

Lagi-lagi kalau yang tegur dia tu memang budak laki yang dia minat atau memang suka. Gila sakan tak ingat dunia kot. Aku tak tahu nak explainkan macam mana. Tapi benda nie fitrah dan kalau kita dapat control dan jaga ia dengan baik mengikut landasan yang telah Allah bagi, Insya'Allah kita selamat.

Tapi, hari nie, kalau bab-bab nie, memang ramai yang takleh control. Ramai yang kecundang. Ada yang starting ngan niat yang baik ada pulak yang starting memang ngan niat yang jahat, tapi semua memang akan kecundang, sebab nafsu lagi cepat menguasai dan mengotorkan hati, bila kita terlibat dalam hal-hal seperti ini.

Aku risau.. aku risau aku terjerumus. Sebab tu aku selalu berfikir dulu sebelum ambil apa-apa tindakan atau buat sesuatu, apabila ada apa-apa urusan yang melibatkan antara lelaki dan wanita.

hmmm..

Mohon Allah lindungi kita semua.

*p/s :
1. First post aku yang panjang di blog ini, tak tahu nak guna saya ke, aku ke, awak ke, ana ke.. sebab masih 'blur' lagi dalam sesi menulis di blog untuk meluahkan isi hati, dan sekarang rasa janggal sebab macam pelik. arghhhh!.. -__-"

2.Masih sedang belajar, maaf atas kekurangan penulisan dalam menyampaikan mesej.

Sekian!

Monday, March 7, 2011

Kawan


Kawan

Tegurilah aku,

Jika aku tersimpang keluar..

Dari Jalan Ilahi.


Ingatkan aku..

kerana aku dambakan,

Syurga..

bersama kalian.

Friday, March 4, 2011

Hidup

Indah kan hidup ini

Jika sentiasa disinari dengan Iman dan Taqwa.

(^_^)

Sunday, February 27, 2011

Ilmu

Jangan kau tinggalkan aku

Keseorangan di dunia ini

Kerna kau penunjuk

Penunjuk untuk menyelamatkan aku

Dari kesesatan yang nyata

Hanya dengan kau

Aku dapat kembali

Ke Jalan Kebenaran

Wednesday, February 23, 2011

Wahai Diri

Sentiasalah memuhasabah dirimu

Kerna ia penting

Penting untuk menyelamatkan dirimu

Dari tipu daya dunia

Yang sementara ini

Saturday, February 19, 2011

Learning

Salam..

Still learning and I still have problem in getting my confident in writing, but my Xifu said (Bro Amad) : 'Cara nak dapat confident adalah dengan tulis dan tulis. Ia kena cari, bukan dinanti.'

haha. good one.

Insya'Allah, I'll try.

:)