Friday, October 14, 2011

Berikan Cinta-Mu

Aku tak tahu apa yang ku rasakan

Dalam hatiku saat waktu itu

Mendengar nama-Mu, mengingat-Mu


Seluruh tubuhku terpaku dan membisu

Detak jantungku berdebar tak menentu

Sepertinya aku tak ingin berlalu


reff:

Berikan cinta-Mu juga sayang-Mu

Percaya pada-Mu Kau kan menjagaku

Hingga akhir waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku

Percaya pada-Mu kau kan menjagaku

Hingga akhir waktu menjemputku


Saat ku tahu aku hanya hamba-Mu

Rasa hatiku berdebar tak menentu

Untuk ku katakan ku ingin cinta-Mu (ingin cinta-Mu)


Agar Kau tahu betapa ku terlalu

Mencintai-Mu aku akan berusaha

Hingga diriku kembali pada-Mu


repeat reff :

Tolonglah aku bagaimana diriku

Ungkapkan itu rasa yang membelenggu

Dalam hatiku ku cinta pada-Mu


repeat reff :

Berikan cinta-Mu juga sayang-Mu

Percaya pada-Mu kau kan menjagaku

Hingga akhir waktu menjemputku


Digubah dan di adaptasi dari lagu dan lirik kumpulan Ungu. ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Diri Ini

Aku perlu memuhasabah kembali diriku..
Kemana waktu-waktu ku dihabiskan..
Dimana waktu-waktu ku itu dihabiskan..
Kerna banyak waktu-waktu ku itu..
Boleh aku manfaatkan dengan kebaikan..

Kebaikan bukan sahaja belajar..
Kebaikan bukan sahaja bersukan..
Kebaikan bukan sahaja bekerja..
Kebaikan bukan sahaja berahlak..

Tapi..
Kebaikan itu ada dalam semua gerak langkah kehidupan..
Kitalah yang memilih untuk kebaikan atau sebaliknya..
Jika jalan kebaikan itu yang dipilih..

Insya'Allah..
Habuan dari Tuhan menanti kita..
Bukan habuan manusia..
Kerna manusia terlalu banyak kekurangan..

Nota :
1. Masa amat penting, jom manfaatkan sama-sama.

2. Apa sahaja perkara yang kita lakukan, jika perkara itu baik dan diniatkan kerana Allah, ganjaran pahala yang berlipat-lipat menanti kita.

3. Masih sedang belajar menekan butang 'pause' dalam diri untuk menahan kemarahan. Mintak Allah mudahkan semua urusan.

^_^

Friday, September 23, 2011

Mana Hati Itu

Mana hati itu?..
Yang bila mendengar ayat Dia
Terus berdenyut tanpa henti..

Makin lama..
Denyutannya makin laju..
Tak keruan diri dibuatnya
Kerna mencari lorong cahaya-Nya

Adakah kau lupa?
Atau kau buat-buat lupa?

Mana hati itu?..
Yang sentiasa menangis bila malam tiba
Yang sentiasa mencari keredhaan-Nya bila siang tiba

Adakah kau gunakan dunia sebagai alasan kau lupa?!..

Jahil kau kerna memilih dunia..
Hidup yang sementara ini..
Jangan kau bazirkan ia dengan dunia
Kerna ia tidak berbaloi walaupun sebesar gunug emas kau bawa ke hari akhir.







Hati

Alahai hati.. banyak betul alasan ko buat yer?..

*Matlamat tidak meng-Halalkan cara yang Haram.

Tak faham?.. Jom kita ke kuliah sama-sama.

^_^

Saturday, September 3, 2011

Laskar Pelangi

Laskar Pelangi..

Few info about 'Laskar Pelangi'

Movie trailer of 'Laskar Pelangi'

and ther theme song for the movie 'Laskar Pelangi'

p/s : maybe it seem old to post about this.. but the good thing is always good and new to share. No matter in what ages do we are.. the good things will always remains as the good things.

:)

Impian dan Cita-cita

Aku punyai Impian..
Aku punyai Cita-Cita..

'Hidup mesti ada Impian dan Cita-Cita'

*quoted from movie 'Laskar Pelangi' and book 'Di mana Dia di hatiku by Pahrol Mohd Juoi'

p/s : 1. Ada masa lapang.. silalah tengok movie 'Laskar Pelangi'. Saya dah dua kali tengok. hehe.

2. Buku 'Di mana Dia di hatiku' oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.. betul-betul menggetar hati pembaca. Moga kalian juga membacanya dan dapat merasainya, Insya'Allah.

3. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.

:)

Re-branding 2

Ilham re-branding diambil dari kisah 'Laskar Pelangi'.

Indahkan pelangi?.. Jika pelangi tidak indah.. masakan ramai manusia terkaku melihat keindahanya.. Jika pelangi itu indah.. maka Penciptanya mesti lagi indah.

Moga Allah kuatkan hati kita dan mudahkan semua urusan kita.

:)


Re-branding

AlComel with 'inventionofalcomel.blogspot.com'

to

Pelakar Pelangi with 'pelakarpelangi.blogspot.com'

Wednesday, June 8, 2011

Ilmu Itu

Ilmu itu perlu
Kerna ia penyuluh hati
Penenang jiwa
Pengingat diri

Ilmu itu
Bisa saja menguatkan kita tika lemah
Bisa saja menenangkan kita ketika sedih
Bisa saja mengingatkan kita ketika mula alpa

Oleh itu
Cintailah ilmu
Kerna ia bukan saja membantu kita mendapatkan kehidupan dunia
Tapi bisa juga membantu kita mendapatkan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sekian!..

:)