Saturday, May 21, 2011

Comment's

Comment's?..

hmmm... susah jugak nak ceritakan. Tapi masih lagi tidak tahu.. kenapa hati ini.. rasa masih kerdil lagi untuk memberi komentar kepada komentar orang lain.

Banyak perkara yang difikirkan...


"Betol ke hujah-hujah aku nie"

"Ye ker dalil yang nie aku dengar semalam"

"Ishh.. kang silap bagi.. habis sesat pulak orang lain. haishh!.. (-_-)!**"


*Kenapa yer hati nie?..

"Banyak buat dosa kot"

"(monolog hati) Tulah lah ko.. ko nie mudah sangat lupa diri, belom Tuhan bagi ko ilmu dan harta bertimbun-timbun lagi.. diri ko dah riak, sombong, ego. Lepas tu pandai plak cakap ngan orang benda nie.. macam nie.. macam tu.."


hmmm.. susah jugak yer nak explainkan perkara-perkara macam nie.

Susah nak cakap dan terangkan. Tapi apa yang saya tahu.. saya masih perlu 'cedok' lagi banyak ilmu-ilmu yang saya belom belajar lagi.


Notes :

1. Kepada Bro Amad.. dah nak dekat dah.. sabar sket eh.. hehe. Bukan selalu tak nak comment, tapi pemikiran ana selalunya memerlukan masa untuk berfikir dan menghadam semua perkara yang dibincangkan. Sebab tu lambat sedikit. Insya'Allah lepas nie makin cepat. :)

2. Kepada sahabat-sahabat, ilmu tu wajib dicari.. ia bukan sahaja perlu untuk seseorang menjadi Ketua Negara.. tapi ia juga perlu dalam proses untuk mengentuai 'diri kita sendiri'

Lastly.. ana Mohon Maaf.

Friday, May 13, 2011

Rindu

Susah untuk ku ungkapkan,
Kerna ia rasa yang berlainan..

Moga rindu ini hanya untuk diriMu sahaja Ya Allah

*Tetap teguhkanlah Iman dan Jiwa kami kepadaMu Ya Allah.

:)

Tuesday, May 3, 2011

Hati

Hati..
Kau selalu berkata-kata
Kau selalu mudah terbuai hanyut
Dengan imaginasi dan angan-angan indah
Yang belum tentu ia kan terjadi

Tapi ada sesuatu yang ingin ku ingatkan padamu
Sentiasalah memuhasabah dirimu
Kerana di situ terdapat kekuatan
Yang pasti akan sentiasa membantumu
Dikala senang dan susah

Moga dirimu sentiasa setia
Pada Dia yang kekal

:)

Monday, May 2, 2011

Pabila Hatiku Berbicara

nama baru blog atau sekadar tema blog.

:)

Anak dan Hidup

wahai anak
apabila engkau sudah dewasa
jangan kau lupa asal usul mu

jangan kau lupa siapa ibu bapa mu
jangan kau lupa tanggungjawab mu kepada mereka

ya..
mungkin mereka insan yang mendurhakai perintah Tuhan
tapi tidak bermakna kerana itu
tanggungjawab mu pada mereka pun hilang

kalian tetap anak mereka
kalian tetap mempunyai tanggungjawab menjaga mereka
walaupun kalian merasakan mereka begitu kotor

kekotoran yang mereka lakukan itu bukan urusan kalian
ia urusan mereka dengan Pencipta kita
tak usah kalian menjadi hakim
kerana pencipta kita itu adalah Hakim kepada semua hakim

ingatlah anak
walaupoun mereka banyak melakukan kekotoran dunia
tetapi bila mereka tua
mereka hanya ingin keprihatinan dan kasih sayang dari kalian

bukan mereka meminta lebih
hanya cukup untuk mereka hidup sementara nyawa masih berbaki


tunaikanlah tanggungjawab kalian
kerana Tuhan tidak akan memandang amalan kalian
tanpa keredhaan ibu bapa kalian

pesana ini bukan hanya untuk kalian sahaja
tetapi untuk diri yang sering alpa ini juga

moga kita sentiasa tersedar
dari pendustaan dunia yang hina lagi fana ini


*p/s : 1. tunaikan tanggungjawab kita pada ibu bapa kita walaupun mereka tidak taat pada perintah Allah.

2. Allah ada berfirman di dalam Al-Quran, bahawa selagi ibu bapa kita diberi nafas oleh-Nya, selagi itulah tanggungjawab kita pada mereka masih ada. so, sebelum mereka pergi, kutiplah sebanyak-banyak pahala yang boleh dikutip, kerana semenjak dari kita lahir lagi, kita dah mula mengguris dan menyakiti kan hati mereka. moga Allah terima amalan kita.